Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk tak berpendidikan peluk Kristian, CCM bidas Hadi
Diterbitkan:  Jan 20, 2016 6:19 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Majlis Gereja Malaysia (CCM) membidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa hanya mereka yang tidak berpendidikan memeluk agama Kristian.

"Hadi nampaknya mengabaikan hakikat bahawa perkara yang beliau tuduh dilakukan oleh orang Kristian adalah perkara sama yang dilakukan oleh agensi dan institusi Islam di negara ini.

"Terdapat banyak dokumen berhubung laporan kegiatan dakwah Islam di negara ini, terutama yang menjadikan penduduk asal Sabah dan Sarawak sebagai sasaran dengan pelbagai jenis insentif," kata Setiausaha Agung CCM, Hermen Shastri.

Hadi dipetik oleh akhbar rasmi PAS, Harakah sebagai berkata mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk yang berpendidikan di barat menolak agama berkenaan.

Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian.

Shastri berkata daripada salah menuduh orang Kristian, Hadi perlu fokus mendekati belia Islam yang menjadi radikal dengan menyertai kumpulan militan IS.

"Seorang pemimpin Islam sepertinya, perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara mengenai agamanya dan tidak mengkritik agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdapat pelbagai laporan yang mendakwa penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak ditipu untuk memeluk Islam dengan dorongan wang tunai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS