Kecewa dengan Umno, sokongan Mukhriz mula mencurah
Diterbitkan: Jan 21, 2016 4:54 PM | Dikemas kini: Jan 21, 2016 4:56 PM
Penyokong akar umbi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan beberapa pemimpin Umno yang cuba menumbangkan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Ratusan daripada mereka mula berkumpul di pejabat Umno Jerlun sejak jam 3 petang tadi sambil membawa kain rentang menyokong Mukhriz yang juga adalah Ketua Umno Kedah.
Mereka juga melaungkan "Hidup Mukhriz! yang bergema di pejabat itu sambil memulakan kempen mengumpul tandatangan sebagai menyokong menteri besar kesayangan rakyat itu.
Mukhriz dijangka tiba lewat petang ini. Setakat ini kelihatan ADUN Kota Puteh, bu Hasan Sarif yang hadir bersama orang ramai.

