Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
300 pelajar akan ditaja di bawah program MyPhD
Diterbitkan:  Jan 23, 2016 6:37 AM
Dikemaskini: 10:41 PM

Sejumlah 300 pelajar lagi akan ditaja di bawah Program MyPhD pada 26 Januari ini susulan kejayaan skim MyBrain15 yang diperkenal sejak 2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi, selain MyPhD, skim MyBrain15 juga melibatkan MPhD Industri dan MyMaster.

Kementerian itu berkata penajaan MyPhD melibatkan bidang keutamaan Sains dan Teknologi selaras dengan objektif utama MyBrain15.

"Fokus skim MyBrain15 tertumpu kepada pelajar pengajian sepenuh masa di universiti awam sahaja dan pemohon bebas daripada senarai hitam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai CGPA (purata nilai gred keseluruhan) 3.3 di peringkat sarjana dan sarjana muda," menurut kenyataan itu semalam.

Kementerian itu menyatakan had umur pelajar yang tidak lebih 35 tahun pada 1 Jan 2016 akan diberi keutamaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS