Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis dedah dakwaan tahanan Sosma diseksa, ditangkap

Penyelaras badan hak asasi manusia Suaram, Amir Abd Hadi, ditangkap polis selepas perhimpunan membantah Perjanjian Perkongsian anti-Trans-Pasifik (TPPA) berakhir petang ini.

Aktivis BERSIH, Mandeep Singh, yang bersama dengan Amir, memberitahu Malaysiakini bahawa polis menangkap Amir di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, pada jam 4.20 petang tadi, dia, Amir dan seorang lagi rakan sedang berjalan ke arah stesen LRT Masjid Jamek apabila dua pegawai polis menghampiri mereka.

Menurutnya, salah seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Saiful meminta kad pengenalan mereka "dan kami meminta kad kuasa mereka dan mereka menunjukkannya".

Bagaimanapun, katanya, pegawai polis berkenaan lebih berminat terhadap Amir dan berkata mereka perlu membawanya ke ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk disoal siasat.

Mandeep berkata pegawai polis itu menjelaskan bahawa mereka telah menerima arahan dari atas untuk menahan Amir.

Mandeep berkata beliau hairan mengapa Amir ditangkap.

"Dia tidak berucap di perhimpunan anti-TPPA, apa yang dilakukannya adalah melaungkan slogan," kata Mandeep.

Isnin lalu, Amir telah mendedahkan surat dari tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang mendakwa mereka kena seksa.

Dalam salah satu surat itu, seorang tahanan mendakwa dia dipaksa mencium kaki pegawai penyiasat, dipaksa melakukan onani, dipaksa menonton video lucah dengan pegawai, dan dipaksa membuat lafaz cerai taklik terhadap isterinya.

Dalam reaksinya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah meminta pengadu untuk membuat laporan polis supaya polis boleh menyiasat.

Sementara itu, Ketua Polis Dangi Wangi ACP Zainol Samad mengesahkan satu tangkapan dibuat di perhimpunan anti-TPPA.

Menurutnya, seorang lelaki ditangkap di Jalan Tun Perak kerana disyaki ahli kumpulan anarki.

Semalam, polis menahan enam lelaki kerana disyaki melakukan perbuatan khianat ke atas harta benda awam di beberapa kawasan sekitar ibu negara dengan menconteng lambang anarki.

Sementara itu, menurut aktivis Hasbeemas Putra Abu Bakar, Amir dibebaskan lebih dua jam kemudiannya.

Dalam satu catatan di Twitter, dia berkata Amir telah dibebaskan selepas memberi kenyataan dan diambil air kencing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS