Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita Myanmar didenda RM100 kerana minta sedekah
Diterbitkan:  Jan 27, 2016 6:33 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Gara-gara meminta sedekah di tempat awam, seorang wanita warganegara Myanmar didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Majistret Mohd Firdaus Saidina Ali menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Khotijah Soyot, 48, selepas wanita itu mengaku bersalah meminta sedekah di jejantas Ampang Point, Ampang Jaya pada 12 tengah hari 18 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 27(C) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 atau penjara sehingga satu bulan atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, wanita itu yang diwakili peguam Nik Ahmed Asraf Nik Othman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan alasan dia tidak berkemampuan.

"Orang Kena Saman (OKS) mempunyai enam orang anak. Kesalahan OKS kecil, dia hanya mengemis, saya percaya dia tidak tahu bahawa meminta sedekah itu satu kesalahan dan dia juga memohon maaf atas kesalahannya," kata peguam itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin.

-Bernama

Lihat Komen
ADS