Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tiada mahkamah boleh ubah keputusan bersihkan Najib'
Diterbitkan:  Jan 29, 2016 10:18 AM
Dikemaskini: 4:32 AM

Kes yang melanda negara ini dan menarik perhatian media antarabangsa itu, akhirnya selesai Selasa lalu, apabila Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku.

Perdana menteri mungkin telah dibersihkan oleh AG, namun pengkritiknya masih sangsi dan keputusan peguam negara menjadi sendaan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, pengkritik Najib tentunya tidak gembira kerana mahkamah tertinggi di Malaysia pun tidak boleh mengubah keputusan AG untuk membersihkan Najib daripada sebarang salah laku, demikian kata satu sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri kepada akhbar harian Britain, The Guardian .

Keputusan untuk membersihkan Najib daripada sebarang salah laku itu, di segi perlembagaan, "mustahil" untuk dibatalkan, kata sumber itu yang tidak mahu dikenali.

Malah, katanya, mahkamah tertinggi di Malaysia pun tidak boleh mengubahnya.

"Perlembagaan perlu ditukar, dan itu tidak akan berlaku," sumber itu dipetik sebagai berkata.

Memetik siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib, Apandi pada hari Selasa lalu, mengumumkan bahawa perdana menteri tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Apandi juga berkata Najib telah memulangkan RM2.03 bilion kepada keluarga diraja Saudi, dua bulan selepas pilihan raya umum ke-13 Mei 2013.

Najib pula telah berulang kali menafikan melakukan sebarang salah laku dan pada hari Selasa lalu, selepas pengumuman Apandi itu, perdana menteri berkata, sudah tiba masanya bagi Malaysia untuk "bergerak ke hadapan".

Perdana menteri juga berkata penemuan peguam negara itu telah mengesahkan dakwaan beliau yang berulangkali bahawa "tidak ada sebarang jenayah yang dilakukan".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS