Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan Hadi berkaitan Kristian isu menjelang p'raya?

Kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang bahawa hanya golongan tidak berpendidikan memeluk Kristian di Borneo didakwa dimainkan memandangkan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tidak lama lagi.

“Kita pun dah semak perkara ini. Isu ini memang disengajakan menjelang pilihan raya ini.

“Tetapi rakyat umum sebenarnya tak tahu pun (perkara sebenar),” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, biarpun sudah diperjelaskan, isu itu masih berjaya menyakitkan hati orang Kristian di Sarawak.

Sebelum ini Hadi dipetik oleh akhbar rasmi PAS Harakah sebagai berkata mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk berpendidikan di barat menolak agama itu.

Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian.

Majlis Gereja Malaysia (CCM) membidas kenyataan itu dan berkata Hadi mengabaikan hakikat bahawa perkara sama dilakukan institusi Islam yang memberi insentif dalam usaha dakwah.

Menjawab soalan dalam sidang media di Kuala Lumpur, Tuan Ibrahim ( gambar ) menjelaskan kenyataan Hadi ketika menyampaikan kuliah dibuat sepintas lalu mengenai senario seluruh dunia mengenai agama Kristian.

“(Ia) bukan khusus dalam ceramah dan sebagainya.

“Dan apa yang beliau sebut ialah tentang realiti senario yang berlaku dalam perkembangan di seluruh dunia,” katanya.

Beliau menegaskan kenyataan itu bukan penghinaan kepada ajaran Kristian dan bukan isu besar.

Lihat Komen
ADS