Sebanyak 27,000 ekor anak ayam mati selepas sebuah reban hangus terbakar di Jalan Pasir Panjang, Batu 10, Segari dekat Manjung pagi tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.47 pagi sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi tersebut.
"Sebaik tiba kami mendapati reban ayam itu telah 60 peratus terbakar," katanya ketika dihubungi.
Punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat.
- Bernama