Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: Levi pekerja asing diputus selepas Chap Goh Mei
Diterbitkan:  Feb 6, 2016 9:00 PM
Dikemaskini: 1:05 PM

Kerajaan akan mengadakan mesyuarat dengan majikan dan pelbagai pihak berkentingan selepas perayaan Chap Goh Mei ini bagi menentukan sama ada mengekalkan atau menaikkan kadar baru levi pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat itu bakal disertai Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan persatuan-persatuan yang mewakili majikan dan dewan perniagaan.

"Perbincangan perlu diadakan terlebih dahulu... kita (kerajaan) mendengar dan mengambil perhatian terhadap rungutan mereka," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Karnival Jubli Intan 64 Tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun di Bagan Datoh.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Februari lepas, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dinaikkan kepada RM2,500 bagi setyiap pekerja manakala sektor perladangan dan pertanian bertambah kepada RM1,500 seorang.

Penstrukturan semula itu tidak melibatkan levi pembantu rumah warga asing yang kadarnya dikekalkan pada RM410 seorang.

Menurut statistik, terdapat 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS