Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SKMM nafi keluarkan poster Najib dengan muka badut

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ia mengeluarkan sebuah poster mengenai penapisan internet, yang berbentuk satira sehingga disangka benar-benar datang dari suruhanjaya itu.

Ketika dihubungi Pengarah Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman berkata ia tidak mengeluarkan amaran yang mengandungi "imej-imej memalukan ketua negara".

"Ini bukan dari MCMC. Seseorang cuba jadi sarkastik. SKMM tidak akan keluarkan nasihat-nasihat sedemikian," kata Sheikh Raffie kepada Malaysiakini.

Imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan muka badut yang menjadi latar peringatan pada poster itu adalah palsu.

Malah, Sheikh Raffie berkata SKMM tidak menerbitkan nasihat dengan cara demikian.

"Kami tidak akan mengeluarkan arahan tersebut," katanya.

Poster Najib dengan muka badut dengan peringatan palsu itu pertama kali dimuat naik dalam talian oleh aktivis Fahmi Redza di Facebook dan akaun Twitter hari ini.

Fahmi baru-baru ini memberitahu beliau di bawah pengawasan polis kerana memuat naik imej Najib dengan muka badut, sebagai sebahagian daripada kempen anti-Akta Hasutan.

Ini mendorong artis grafik lain untuk memuat naik versi mereka dengan Najib bermuka badut, sebagai solidariti dengan Fahmi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS