Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gempa bumi kuat landa kepulauan Solomon
Diterbitkan:  Feb 9, 2016 12:11 PM
Dikemaskini: 4:20 AM

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Solomon pada jam 12.19 awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di 124 kilometer barat daya Arawa, Papua New Guinea dan 4,193 kilometer tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Sementara itu, ibu negara New Zealand, Wellington digegarkan oleh gempa bumi dengan magnitud 5.7 hari ini, demikian menurut perkhidmatan pemantauan gempa bumi di negara ini, lapor Reuters.

Menurut laman web Geonet, pusat gempa itu adalah 35km di tenggara St Arnaud, sebuah bandar kecil di utara South Island di negara ini, pada kedalaman 62 km.

Saksi-saksi merasai gegaran di Wellington, yang mempunyai penduduk kira-kira 450,000 orang. Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kecederaan.

Gempa bumi adalah perkara biasa di New Zealand, di mana dua pulau terletak di sepanjang sempanan plat tektonik Australia-Pasifik. Satu gempa bumi bermagtitud 6.3 memusnahkan wilayah Canterbury di South Island pada tahun 2011, yang meragut hampir 200 dan meratakan Christchurch, bandar kedua terbesar di negara ini.

- Bernama / Reuters.

Lihat Komen
ADS