Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Beli Proton atau M'sia akan jadi negara gagal, kata Mahathir
Diterbitkan:  Feb 9, 2016 5:31 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran jika rakyat Malaysia tidak menyokong industri tempatan termasuk Proton, negara ini akan kembali menjadi negara dunia ketiga yang gagal.

Mahathir, yang juga penasihat Proton berkata membeli kereta asing akan hanya menguntungkan ekonomi negara luar.

Ini, kata Mahathir akan menyebabkan situasi di mana rakyat Malaysia tidak lagi mampu membeli barangan import.

"Dengan mengandaikan bahawa semua industri tempatan ditutup, sedikit wang untuk membeli barang-barang yang diimport. Kita akan kembali menjadi sebuah negara dunia ketiga yang gagal.

"(Tetapi) apabila anda membeli kereta tempatan, wang kekal di negara ini, pekerja mendapat wang, pengedar, ejen dan pekerja mereka menikmati perniagaan yang mereka jalankan dan ekonomi tempatan berkembang. Beribu-ribu keluarga menikmati kehidupan yang baik," tulis Mahathir (Foto) dalam blognya hari ini.

Mengenai persepsi bahawa kereta tempatan lebih mahal daripada sepatutnya, Dr Mahathir berkata ini bukan kesalahan pengeluar, tetapi kerajaan.

"Cukai ke atas kenderaan bermotor menyebabkan harga menjadi tinggi. Tetapi kerajaan perlu cukai jalan raya kerana jalan raya dan infrastruktur lain perlu disediakan oleh kerajaan," katanya.

Beliau juga menyebut Proton telah menunjukkan kemajuan selama ini dengan kualiti kereta tempatan kini jauh lebih baik daripada sebelum ini.

Beliau menegaskan bahawa Proton kini sedang membangunkan enjin baru untuk menggantikan enjin Campro yang lama.

Enjin baru itu kata Mahathir, sepatutnya dipasang pada kereta Proton akhir tahun depan.

Lihat Komen
ADS