Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

S Deepa, yang hanya berjaya mendapat hak jagaan terhadap anak perempuannya hari ini mendakwa beliau menjadi mangsa dan berharap kes seumpama itu tidak akan berulang.

Katanya, walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa dalam kes melibatkan perkahwinan sivil, beliau hakikatnya hilang anak lelakinya.

Deepa berkata undang-undang berkaitan untuk ibu tunggal sepertinya patut berubah.

“Saya harap kes saya akan jadi yang terakhir,” katanya kepada pemberita.

Mahkamah Persekutuan hari ini memerintah Izwan Abdullah (N Viran) diberi hak jagaan anak lelaki, manakala bekas isterinya S Deepa diberi jagaan anak perempuan.

Keputusan dibuat berdasarkan hasrat anak-anak berkenaan.

Mahkamah juga memutuskan perceraian dan jagaan dalam perkahwinan sivil patut diputuskan oleh mahkamah sivil.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS