Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga emas maut dihempap tong satu tan metrik
Diterbitkan:  Feb 11, 2016 6:26 AM
Dikemaskini: 10:27 PM

Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap tong berisi logam klorida seberat satu tan metrik selepas lori yang membawa tong itu melanggar motosikal mangsa di Jalan Lahat, Menglembu di Ipoh petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu, Cheah Seaw Oon @ Cheah Seaw Oow, 65, dilanggar oleh lori yang membawa tujuh tong berisi bahan kimia seberat satu tan metrik, setiap satu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Ismail Darus berkata akibat pelanggaran itu tong-tong berkenaan terjatuh dari lori dan satu daripadanya menghempap mangsa sehingga menyebabkan warga emas itu maut di tempat kejadian.

"Tujuh anggota Pasukan Menyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa satu minit untuk mengangkat tong gas yang menghempap mangsa.

"Kami menggunakan 'lifting bag' untuk mengangkat tong gas bagi membolehkan mangsa yang tersepit berhampiran tayar lori berkenaan dikeluarkan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kemalangan itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kebocoran di tempat kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di kedai makan milik abangnya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

- Bernama

Lihat Komen
ADS