Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perjudian melalui SMS, NGO gesa SKMM bertindak
Diterbitkan:  Feb 13, 2016 6:52 AM
Dikemaskini: 10:58 PM

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mahu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi menangani segera sindiket perjudian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kini dilihat semakin membimbangkan.

Ia berikutan banyaknya aduan yang diterima daripada pemilik nombor telefon bimbit berhubung tawaran perjudian menerusi SMS daripada sindiket terbabit.

Presiden Persatuan Pemilik-Pemilik Telefon Bimbit Malaysia Mohd Ali Ibrahim berkata pihaknya menerima lebih 100 aduan orang awam sejak enam bulan lepas berhubung tawaran perjudian itu.

"Syarikat telekomunikasi perlu langkah proaktif bagi membendung isu ini seperti mewajibkan pengguna baharu mendaftar nombor mereka melalui sistem biometrik yang diamalkan oleh sistem perbankan," katanya kepada pemberita di ibunegara semalam.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula mengesyorkan MCMC mengenakan hukuman denda yang berat terhadap mereka yang terbabit dalam sindiket perjudian menerusi SMS itu.

Ketua Moderator Kelab Intelek Pendidikan Malaysia Mohd Nor Izzat Mohd Johari turut menyuarakan kebimbangannya apabila terdapat aduan daripada para ibu bapa dan guru yang mendakwa murid sekolah rendah sudah terjebak dalam aktiviti perjudian.

"Mereka seolah-olah terpedaya akan SMS yang menawarkan hadiah lumayan dan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan mereka ketagihan untuk berjudi," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS