Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan tak fikir usul GKCM terhadap Najib akan berjaya

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak fikir rancangan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) untuk membawa usul terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan berjaya.

GKCM, adalah sekumpulan pemimpin setia cawangan Umno, mendedahkan semalam bahawa mereka merancang membawa usul meminta Najib meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin

Ia sebagai respons kepada cabaran yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan kepada ahli Umno supaya membawa usul melalui saluran parti jika mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata ini kerana mereka perlu mengikut undang-undang dan peraturan parti.

Oleh itu, katanya, beliau tidak fikir ia akan berjaya tidak kira apa jua yang mereka cuba lakukan.

Tengku Adnan memberitahu pemberita selepas melepaskan melepaskan acara Kuala Lumpur-Terengganu Treasure Hunt 2016 sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata kumpulan itu perlu melalui proses yang panjang sebelum mereka boleh membentang usul mereka, termasuk mendapatkan sokongan dua pertiga daripada ahli di cawangan mereka.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan mereka yang merancang untuk berbuat demikian supaya merujuk kepada perlembagaan parti.

Tengku Adnan berkata, sebagai setiausaha agung parti, beliau tahu bahawa apa yang beliau lakukan adalah betul.

Najib berdepan rasa tidak puas hati dalam partinya sendiri selepas dibelenggu skandal dan tuduhan salah guna kuasa yang menyaksikan desakan supaya beliau meletakkan jawatan dalam parti dan di luar parti.

Sehingga ini, 13 cawangan dari Umno bahagian Teluk Kemang di Negeri Sembilan telah secara kolektif mendesak Najib meletakkan jawatan presiden Umno.

GKCM telah menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk menghukum Najib terhadap apa yang telah menimpa negara ini, tetapi berkata beliau perlu berundur untuk mengelak kekalahan kepada Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Beberapa pemimpin cawangan telah dikenakan tindakan tatatertib ketika Najib dan penyokongnya berusaha untuk membersihkan suara-suara sumbang dalam Umno.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS