Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Insya-Allah saya sedia jumpa JK disiplin parti'
Diterbitkan:  Feb 13, 2016 6:37 PM
Dikemaskini: 10:42 AM

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan jawatankuasa disiplin PAS.

"Insya-Allah saya bersedia menemui jawatankuasa disiplin parti," katanya.

Hari ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Husam Musa akan dirujukkan kepada lembaga disiplin parti itu selepas jawatankuasa kerja PAS pusat mengkaji beberapa aduan yang dibuat terhadapnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka menerima aduan terhadap Husam dari PAS Kelantan dan cawangannya.

Tindakan terhadap Husam datang selepas beliau dilaporkan menggesa naib presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan setiausaha agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan.

Ini ekoran Husam berpendapat bahawa Mohd Amar dan Takiyuddin didakwa telah gagal meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dalam satu kenyataan hari ini Husam berkata beliau menunggu kertas pertuduhan rasmi untuk membolehkan saya menyediakan pembelaan yang sewajarnya.

"Saya akan bertanggung jawab atas semua ucapan saya dan Insya-Allah akan mempertahankannya semasa menemui jawatankuasa disiplin nanti.

"Pada masa yang sama saya akan menyampaikan kepada jawatankuasa disiplin nanti perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar PAS dan Islam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak di dalam PAS yang telah saya bangkitkan selama ini.

"Pada masa sama, suka saya mengingatkan, janji Dewan Harian PAS pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' saya pada pertemuan 30 November 2015 belum lagi berlaku.

"Kepada Allah saya serahkan urusan dan kepada Allah saya bertawakkal," tambahnya.

Lihat Komen
ADS