Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kekal dengan pendirian sebelum ini, Pemuda PAS menggesa anak-anak muda supaya tidak merayakan Hari Valentine.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata hari Valentine yang dikaitkan dengan Kristian, dan oleh itu umat Islam dilarang untuk menyambutnya.

"Itu dah jadi hukum dan fatwa yang dikeluarkan. Sambutan itu kita tak galakkan di kalangan anak muda kerana ia berasal daripada agama Kristian. Kita tak boleh terlibat," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai pilihan raya negeri Sarawak akan datang, Nik Abduh berkata sayap parti itu telah mencadangkan lima nama kepada PAS pusat untuk bertanding.

"Calon-calon yang kami cadangkan dari pemuda adalah begitu berwibawa dan anak sarawak. Kami yakin bahawa pihak PAS akan pilih di antara nama-nama ini untuk dicalon oleh parti.

"Kami amat gembira jika calon muda ini dicalonkan dari parti.

Nik Abduh menambah Pemuda PAS akan turun ke Sarawak setiap minggu sehingga pilihan raya negeri diumumkan, bagi menggerakkan jentera parti itu.

Lihat Komen
ADS