Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas tonton ‘Ola Bola’, Nazir timbulkan isu rasuah, perkauman
Diterbitkan:  Feb 16, 2016 1:11 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Filem tempatan ‘Ola Bola’ membawa kembali kenangan zaman dahulu kepada rakyat negara ini termasuk Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, yang sedih selepas menontonnya kerana gejala rasuah dan perkauman telah menjahanamkan negara.

Melalui kemas-kini di akaun Instagram semalam, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu mengakui beliau menyukai filem itu kerana ia membawa kembali kenangan semasa di Stadium Merdeka pada malam kegemilangan pasukan bola sepak negara.

"Lebih penting lagi, ia mengingatkan kita bahawa Malaysia adalah lebih baik ketika itu.

"Rasuah kemudiannya menjahanamkan bola sepak negara.

"Gejala rasuah dan perkauman juga menjahanamkan pembinaan negara kita. Saya sangat sedih selepas itu," kata Nazir.

'Ola Bola' sebuah filem yang diilhamkan berdasar kejayaan negara melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980. Ia membuat kejutan dengan meraih RM2.5 juta selepas empat hari pertama tayangan.

Ia memaparkan pelakon pelbagai kaum, sama seperti yang menganggotai pasukan bola sepak Malaysia pada 1980. Mula ditayangkan pada 28 Januari, ia kini sedang dipertontonkan di 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem ini diterbitkan oleh Astro dan diarahkan oleh Chiu Keng Guan. Antara yang membintanginya, termasuk Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Katrina Ho dan Frankie Lee.

Lihat Komen
ADS