Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Panel SPRM jumpa peguam negara Khamis ini
Diterbitkan:  Feb 16, 2016 6:49 PM
Dikemaskini: 2:45 PM

Panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual bertemu dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Apandi Ali pada Khamis ini.

Seorang anggota panel itu mengesahkan perkara ini kepada Malaysiakini .

Terdapat spekulasi bahawa pertemuan itu bagi memujuk Apandi mengubah pendiriannya pada 26 Januari yang membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku.

Anggota panel yang enggan namanya disebut itu bagaimanapun berkata masih tidak jelas sama ada AG ( gambar ) mahu membincangkan perkara berkaitan perdana menteri.

Seorang lagi sumber dalaman SPRM mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Peguam Negara pada jam 3 petang.

Sebelum ini dilaporkan bahawa panel semakan operasi SPRM dan panel khas mahu badan itu bertemu dengan Apandi bagi membantu menjelaskan kenapa beliau tidak membuat pendakwa pada Najib.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS