Ketua PKR Sarawak, Baru Bian membidas DAP negeri itu kerana memulakan ‘serangan’ terbuka ke atas partinya dan menggesa rakan sejawatannya untuk mengekang ahli-ahli parti yang tidak bertanggungjawab itu.

"Saya minta Chong Chien Jen untuk kekang ahli-ahlinya, dan halang mereka daripada membuat kenyataan keras terhadap ahli dan pemimpin-pemimpin kita di Malaysia Barat.

"Kenyataan-kenyataan yang tidak rasional oleh ahli-ahlinya menjejaskan imej pembangkang di mata orang ramai dan saya bimbang bahawa ini akan memberi imej negatif terhadap peranannya sebagai pemimpin parti," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pilihan raya Sarawak akan datang adalah yang paling mencabar bagi pakatan pembangkang dan menggesa DAP supaya menunjukkan disiplin dan kebijaksanaan.

"PKR kesal (bahagian) DAP Betong dan Sri Aman melihat adalah wajar untuk membuat serangan yang tidak munasabah dan jengkel ke atas ahli dan pemimpin kami.

"Ia mungkin tanda keadaan panik yang semakin meningkatkan di kalangan ahli-ahli mereka menjelang mesyuarat agihan kerusi lewat minggu ini," kata Baru.

Kedua-dua bahagian DAP itu telah mencadangkan calon mereka di kerusi yang bertindih dengan yang didakwa oleh PKR.

Kedua-dua pihak juga telah mengumumkan calon-calon mereka di beberapa kerusi untuk pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, walaupun mesyuarat rundingan pembahagian kerusi Pakatan Harapan hanya dijadualkan pada minggu ini.

[Baca berita penuh]