Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid saran perhimpunan 27 Mac bagi desak Najib undur
Diterbitkan:  Feb 19, 2016 2:16 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyarankan satu perhimpunan diadakan pada 27 Mac ini untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan di blog, bekas ahli parlimen Umno itu berkata keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan menggesa rakyat supaya berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sudah terlalu lama, katanya, rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan oleh Najib.

Zaid menuduh Najib melumpuhkan institusi awam dengan melantik hanya ‘pak turut’ menganggotai badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Menteri dan pegawai tinggi kerajaan menutup mata terhadap perbuatannya ini kerana mereka fikir beliau tidak akan bertahan lama. Mereka langsung tidak menyedari bahawa ini amat merosakkan negara.

"Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan walaupun satu minit lagi... Kita secara bersama mesti menunjukkan kepada Najib bahawa kita tidak takutnya," katanya.

Menurut Zaid, alasan berhubung skandal 1MDB adalah bahawa Mahathir kehilangan lebih daripada RM42 bilion kerana salah urus kewangan semasa menjadi perdana menteri dan oleh itu beliau tidak mempunyai hak mengkritik Najib.

Selain itu, beliau berkata, penyokong perdana menteri juga menuduh Mahathir berat sebelah dan hanya membantu rakan-rakan dan anak-anaknya untuk mendapatkan kontrak dan konsesi.

Perbezaan Najib - Mahathir

Mendakwa bahawa Najib melakukan perkara sama, Zaid berhujah bahawa perbezaan antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri sekarang terlalu jauh.

"Mahathir tidak pernah curi wang kerajaan, sama ada menerusi syarikat-syarikat yang berdaftar di Kepulauan Virgin British atau cara licik lain. Tidak satu sen pun.

"Malah beliau juga mencabar Najib untuk menyiasatnya.

"Najib, sebaliknya terlibat dalam pelbagai skandal kewangan, sama ada pembelian kapal selam, 1MDB dan 'derma’ yang diterimanya sebagai perdana menteri.

"Najib dan isterinya amat kaya dan gaya hidup mereka seperti raja dan permaisuri. Sebaliknya, Mahathir dan (isterinya) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hidup secara sederhana.

"Walaupun Mahathir menyuruh Najib dan polis untuk menyiasatnya, Najib pula sibuk mengarahkan siasatan ke atasnya ditutup. Nampak perbezaannya? " katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS