Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syarat Rafizi pada Dr M: kami mahu perubahan sistem
Diterbitkan:  Feb 20, 2016 1:00 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya kini beralih untuk mencari sekutu baru untuk berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Namun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak begitu berminat kecuali bekas perdana menteri itu bersetuju untuk satu perubahan total.

Semalam, ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir, mendakwa bekas PM itu bersetuju supaya parti-parti politik mengetepikan perbezaan dan berusaha untuk menurunkan Najib dari kuasa.

Mereka juga berpendapat bahawa perbincangan mengenai siapa yang patut menggantikan Najib diadakan selepas itu kerana jika dibuat di peringkat ini, ia akan menimbulkan pertikaian antara mereka.

Mengulas perkara ini, Rafizi menegaskan bahawa PKR sentiasa menyokong sistem, dan bukannya perubahan personaliti.

"Malah, kita menyaksikan bagaimana sokongan orang ramai terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi (sebagai pengganti Dr Mahathir) pada tahun 2004, telah menjunam negara menjadi semakin teruk setiap tahun untuk membawa di mana kita berada pada hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Sambil menekankan keperluan untuk perubahan sistem yang lengkap, Rafizi berkata perdana menteri 'boleh buat apa yang dia lakukan dan terlepas" kerana sistem membenarkannya.

Katanya, beliau khuatir untuk berbincang, apatah lagi memberi komitmen terhadap sebarang rancangan yang akan merendahkan keutamaan agenda pembaharuan, sebagai pertukaran untuk seorang perdana menteri baru.

Rafizi berkata, ketika perkara ini dibincangkan, bekas ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara demi perjuangannya untuk membawa pembaharuan tanpa sebarang kompromi dan bukannya perubahan personaliti.

Dalam hal ini, Rafizi berikrar untuk membantah sebarang cadangan yang mengkompromikan pembaharuan, di Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Sejak April lalu, Dr Mahathir telah memulakan kempen untuk menurunkan Najib selepas menuduhnya melakukan banyak salah laku.

Bagaimanapun, agenda bekas perdana menteri itu tidak mendapat tarikan dalam Umno walaupun beliau memberi amaran, jika Najib kekal di pucuk pimpinan, parti itu boleh dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Salah seorang penyokong kuat beliau, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, juga menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang Mahathir.

Beliau telah mencadang diadakan perhimpunan pada 27 Mac bagi menuntut perletakan jawatan Najib.

Perdana menteri telah menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, dengan mengatakan ia direka untuk menjatuhkannya.

[Baca lebih penuh]

Lihat Komen
ADS