Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis akan panggil anak Muhyiddin berhubung post Instagram
Diterbitkan:  Feb 20, 2016 6:00 PM
Dikemaskini: 12:35 PM

Polis akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan post di Instagramnya yang didakwa merendahkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam tweetnya mengenai perkara itu hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar polis akan memanggil Farhan Yassin untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan (gambar uncang duit) diletakkan di atas lambang PDRM yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya.

Harimau, yang dipaparkan pada lambang itu, didakwa telah digantikan dengan gambar uncang duit.

Semakan terhadap akaun Instagram Farhan, bagaimanapun tidak menemui post tersebut kerana nampaknya telah dikeluarkan.

Bapa Farhan, Muhyiddin, telah dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri itu selepas beliau menjadi semakin vokal terhadap pengendalian Perdana Menteri Najib Abdul Razak dalam kemelut 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS