Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dicabar untuk berdebat dengan Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) berhubung parti itu.

Cabaran tersebut dibuat presidennya, Kamarulazman Habibur Rahman hari ini selepas mendapati setiausaha agung parti itu gagal mengemukakan sebarang tindakan rasmi terhadap beliau.

"Sebelum ini pun saya nak dipecat dari Umno tapi surat belum sampai, saya tunggu dan sahabat baik saya Tengku Adnan belum lagi berikan.

"Jadi, sebenarnya saya dah beberapa kali mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dengan saya secara terbuka berkenaan dengan Umno," kata Kamarulazman ketika berucap dalam majlis penyampaian sijil program tuisyen percuma Taman Intan Duyung, di Port Dickson hari ini.

Malah, Kamarulazman sekali lagi mencabar menteri Wilayah itu jika terbaca atau terlihat kenyataan beliau ini.

"Tengku Adnan, kalau kamu menonton berita ini sekali lagi saya cabar debat dengan saya," tegas Kamarulazman.