Mangsa banjir di S'wak meningkat sedikit kepada 7,965
Diterbitkan: Feb 22, 2016 10:22 AM | Dikemas kini: Feb 22, 2016 3:57 PM
Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan (PP) di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat sedikit kepada 7,965 daripada 2,051 keluarga tengah hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata angka itu tidak banyak berubah berbanding jumlah mangsa pagi tadi iaitu 7,931 orang daripada 2,033 keluarga.
Beliau berkata satu lagi PP dibuka di daerah Bau menjadikan jumlah di ketiga-tiga bahagian itu kini 48 PP.
Menurutnya keadaan cuaca di ketiga-tiga bahagian sejak awal pagi tadi cukup memberangsangkan.
- Bernama

