‘Kepercayaan terhadap media bertambah baik’
Kepercayaan media dilaporkan meningkat secara drastik di kalangan golongan yang berpengetahuan manakala kepercayaan kepada kerajaan jatuh dengan ketara tahun ini, menurut satu kajian global tahunan.
"Malaysia mencatatkan peningkatan besar dalam kepercayaan media di kalangan golongan yang berpengetahuan di peringkat global, mungkin disebabkan liputan mengenai dakwaan rasuah berterusan oleh 1MDB," kata Robert Kay, Pengarah Urusan Edelman Malaysia, sebuah syarikat perhubungan awam dan pemasaran komunikasi global .
Semasa pembentangan hasil kajian itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata terdapat peningkatan 13 mata kepada 59 peratus dari segi kepercayaan kepada media di kalangan golongan yang berpengetahuan.
Menyedari bahawa peningkatan ini mungkin disebabkan oleh liputan media yang meluas mengenai 1MDB, beliau menegaskan bahawa, liputan juga menyaksikan penggantungan sementara akhbar kewangan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily .
Lesen penerbitan kedua-dua akhbar itu digantung oleh Kementerian Dalam Negeri selama tiga bulan pada akhir bulan Julai tahun lalu walaupun penggantungan itu kemudiannya ditarik balik.
Di sebalik peningkatan ke atas media, Kay juga mendedahkan bahawa kepercayaan terhadap media tradisional merosot lapan mata kepada 49 peratus.

