Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno sokong Mat Rempit pamer bakat di jalan
Diterbitkan:  Feb 24, 2016 12:12 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan menyambut baik cadangan supaya beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur ditutup beberapa hari setiap minggu bagi membolehkan Mat Rempit berlumba.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata tindakan itu mampu membantu membendung perlumbaan haram dan membolehkan belia untuk menghabiskan masa secara positif.

“Mat Motor (Rempit) boleh menunjukkan bakat dan sudah pastinya akan timbul bakat-bakat baru dalam sukan pemotoran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Kuala Lumpur boleh menjadi tuan rumah KL City Grand Prix dan menganjurkan Formula E di Putrajaya.

“Saya percaya cadangan ini akan dibuat sebaiknya bagi memenuhi semua kretaria pemotoran seperti keselamatan dan lain-lain,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, beliau mencadangkan beberapa jalan ditutup pada hujung minggu untuk membolehkan Mat Rempit berlumba.

Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno berkata beliau akan berunding dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan "rakan-rakan Umno" mengenai perkara itu.

Pengkritik, bagaimanapun, menimbulkan kebimbangan keselamatan dan berkata cadangan itu tidak mengambil kira aktiviti jenayah lain yang berkaitan dengan perlumbaan jalan haram.

Sebelum pada tahun 2006, Putera Umno cuba menjenamakan semula perlumbaan jalan dengan melabelkan mereka sebagai 'Mat Cemerlang' dan bukannya 'Mat Rempit' seperti yang dikenali umum.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS