Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana sedang berada di luar negara.

Naib Presiden Umno Tan Sri Shafie Apdal juga tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan kerana mengalami sakit gaut.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha akhbar Shafie kepada Malaysiakini .

"Tidak, dia (Shafie) tidak berada di sana (PWTC). Kerana kaki kena gaut," katanya.

Nasib Muhyiddin dikatakan akan diketahui hari ini sama ada beliau akan digantung jawatannya atau tidak.

Ia berikutan Muhyiddin lantang mengkritik kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengenai 1MDB dan juga derma bernilai RM2.6 bilion.

Terdahulu MT Umno Datuk Seri Nazri menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat “anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan parti itu daripada melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Lihat Komen
ADS