Malaysiakini
BERITA

GKCM: Najib patutnya tak boleh tidur malam

Kow Gah Chie

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Feb 2016, 12:49 tengahari

Dengan penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya dalam Umno Datuk Seri Najib Razak didakwa "tidak boleh tidur malam".

Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) Kamarulazman Habibur Rahman berkata, tanpa jawatan dalam partinya bekas timbalan presiden Umno itu akan lebih mudah membuat pendedahan mengenai skandal pemimpin mereka.

"Kalau saya jadi Najib, sekarang saya tak boleh tidur malam, sebab sekarang Muhyiddin akan buat pendedahan, satu demi satu," katanya kepada Malaysiakini .

Petang tadi, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden serta-merta dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditugaskan mengambil alih peranan berkenaan sehingga pemilihan akan datang.

Ia satu lagi tindakan Umno ke atas Muhyiddin - yang lantang mengkritik Najib - selepas digugurkan daripada tugasnya sebagai timbalan perdana menteri.

Kata Kamarulazman ketika ini Umno sepatutnya "benar-benar bimbang" kepada Muhyiddin.

[Baca berita asal]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.