Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno tiada masalah berbaik dengan PAS, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak mempunyai masalah sekiranya PAS ingin berbaik dengan partinya itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak akan terlibat dalam perhimpunan bagi mendesak perdana menteri meletak jawatan pada 27 Mac ini.

"Baguslah kalau (PAS) nak berkawan baik. Nak berbaik kita tak ada masalah, nak berbaik tak ada masalah," kata Tengku Adnan ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di kawasan Parlimen Segambut hari ini.

Dalam laporan Sinar Harian , Hadi berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak perdana menteri melepaskan jawatannya.

Hadi juga dipetik sebagai berkata, beliau merupakan seorang yang hanya 'anti' Umno tetapi bukan orang yang berada dalam parti itu.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib berundur

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS