Kenaikan harga bir akan akibatkan pemintaan arak tanpa lesen
Guinness Anchor Berhad (GAB) hari ini melahirkan kebimbangan bahawa kenaikan duti eksais ke atas bir dan stout mungkin memacu permintaan untuk arak yang dikeluarkan tanpa lesen.
"Kita juga bimbang bahawa permintaan bagi alkohol haram yang tidak terkawal mungkin meningkat," kata Pengarah Urusan GAB Hans Essaadi dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata kenaikan itu akan menjadikan perniagaan mereka semakin sukar di tengah-tengah ekonomi yang semakin merudum.
"Keadaan ekonomi memberi kesan besar ke atas perniagaan dan pengguna dan terbaru penungkatan duti eksais ke atas bir dan stout akan menjadikan persekitaran lebih mencabar kepada industri kami," kata Essaadi.
GAB, katanya akan membuat pelarasan harga selaras dengan struktur cukai baru itu.
The Malay Mail hari ini melaporkan bahawa duti eksais untuk bir dan stout dijangka naik lagi sebanyak 10 peratus. Kadar semasa adalah 10 peratus.
Malaysia adalah negara yang mengenakan cukai tertinggi pada alkohol di seluruh dunia selepas Norway dan Singapura.

