Sekat TMI: Wisma Putra beritahu AS untuk kekal keamanan
Kementerian Luar Malaysia hari ini berkata, Putrajaya perlu mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian, dalam mempertahankan pengharaman portal berita The Malaysian Insider (TMI) selepas langkah itu dikritik oleh Amerika Syarikat.
"Walaupun Malaysia mendukung kebebasan bersuara dan hak untuk maklumat, kebebasan dan hak seperti itu mesti dilaksanakan secara bertanggungjawab dan akauntabiliti.
"Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian di negara ini dan untuk melindungi kepelbagai kaum dan budaya, norma-norma dan amalan di Malaysia," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan malam ini.
Ia menambah bahawa pengharaman TMI kerana melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dibuat selepas "pertimbangan yang teliti dan wajar ke atas kesan seperti pengharaman ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di Malaysia".
Kementerian Luar berkata Putrajaya meniliai kerjasama menyeluruh dengan Amerika Syarikat dan mengekalkan perkongsian yang progresif dan dinamik.
"Malaysia percaya bahawa Amerika Syarikat berkongsi dan mendokong sentimen ini.
"Malaysia juga percaya bahawa hubungan dua hala yang boleh dikukuhkan lagi ke tahap yang lebih besar melalui kerjasama yang lebih rapat dan lebih memahami isu-isu domestik di Malaysia," katanya.
[Baca berita penuh]

