Gempa bumi 5.2 landa laut Bismarck Papua New Guinea
Diterbitkan: Mar 4, 2016 10:00 AM | Dikemas kini: Mar 4, 2016 10:12 AM
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Laut Bismarck, 204 km barat daya Kavieng, Papua New Guinea hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.47 pagi, kira-kira 3,522 km tenggara Semporna, Sabah.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
MetMalaysia berkata orang ramai boleh memantau perkembangan in menerusi laman Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet dan Twitter https://twitter.com/malaysianmet.
- Bernama

