Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembelaan RM2.6b gagal selamatkan bekas pegawai khas MB

Mohd Yahya Mat yang berkhidmat sebagai pegawai khas kepada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal untuk mengketepikan sabitan kesalahannya.

Ini disebalik menggunakan hujah isu derma RM2.6 bilion Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk mendapatkan pembebasan.

Dalam keputusan sebulat suara hari ini, tiga anggota Mahkamah Rayuan berkata, mereka menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu.

"Ini bukan kes mengenai derma politik, ini mengenai penipuan," mengikut keputusan yang dibacakan itu.

Oleh itu, Mohd Yahya disabitkan bersalah bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana "menipu dan tidak jujur dalam mendorong penyerahan harta" tetapi dibebaskan daripada pertuduhan kedua mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana "menggunakan dokumen palsu sebagai tulen".

Beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2013menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Mohd Yahya atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.

Beliau dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di Shah Alam pada 4 Jun 2008.

Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS