Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP HARAPAN pertahan kerjasama dengan Dr M: Kami bukan oportunis

Ahli Parlimen (MP) Pakatan Harapan yang menandatangani Deklarasi Rakyat atas kapasiti peribadi mereka semalam mempertahankan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pada masa lalu tertuduh mengamalkan autoritarianisme.

Semalam Dr Mahathir telah membawa bersama sekutu dan bekas musuh untuk menandatangani deklarasi itu yang menyeru penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan untuk pembaharuan institusi.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke menolak tuduhan bahawa pembangkang mengambil kesempatan, dengan menegaskan bahawa semua pihak mengambil risiko untuk bersama berdepan dengan kemungkinan seruan untuk pembaharuan yang sudah berdekad lamanya, akan akhirnya dapat dicapai.

Katanya, ada orang yang berkata ia seperti mengambil kesempatan 'tetapi kita perlu melihatnya secara pragmatik".

Malah, katanya, Mahathir sendiri turut dituduh mengkhianati Umno.

Loke berkata setiap orang mengambil risiko dari segi kedudukan politik "tetapi saya rasa dengan duduk bersama, itu menunjukkan apa yang penting sekarang".

Objektif bersama, tambahnya, ialah untuk menyingkirkan Najib dan pada masa yang sama untuk melaksanakan pembaharuan institusi.

Loke yang juga setiausaha organisasi Kebangsaan DAP berkata, beliau menghormati pandangan yang berbeza, termasuk dari PSM, tetapi berkata pembangkang terpaksa mengakui ia menghadapi satu tugas yang sukar untuk menangani sendiri soal Najib dan krisis yang sedang berlaku.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau memahami kebimbangan sekutu tertentu tetapi berkata matlamatnya adalah untuk melihat perubahan di negara ini.

"Pada akhirnya, kita mahu melihat perubahan di negara ini dan sudah tentu itulah fokus," kata Shamsul yang juga naib presiden PKR.

[ Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS