Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo anti-Najib tiap negeri bermula bulan ini
Diterbitkan:  Mar 7, 2016 2:49 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

Pakatan Harapan juga akan menganjurkan perhimpunan di setiap negeri bermula bulan ini bagi menggembleng sokongan umum bagi menuntut peletakan jawatan perdana menteri.

Dinamakan perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia", ia dirancang untuk memberi pentas kepada semua pihak, termasuk aktivis masyarakat untuk menyatakan perkara itu.

Perkara itu diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan melalui kenyataan hari ini.

Pemimpin pembangkang, NGO dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mencipta sejarah apabila tampil bersama-sama menuntut pengunduran Najib.

Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung tugas turut serta dalam acara “Selamatkan Malaysia” di ibu negara Jumaat lalu.

Selain itu, Harapan juga berkata isu-isu ekonomi yang menekan rakyat tidak boleh ditenggelamkan oleh beberapa perkembangan politik mutakhir ini.

Ini, katanya, termasuk Isu-isu seperti penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pembiayaan pendidikan yang munasabah serta menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan.

“Oleh itu, Harapan menyeru semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan untuk turun menyertai Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan pada 2 April 2016 di Kuala Lumpur bersempena dengan satu tahun rakyat Malaysia dibebankan dengan GST,” katanya.

Presiden parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu mengetuai jawatankuasa penganjur Perhimpunan Mansuh GST dan perhimpunan "Muafakat Selamat Malaysia".

Lihat Komen
ADS