3 mayat rentung ditemui dalam kereta
Diterbitkan: Mar 8, 2016 7:15 AM | Dikemas kini: Mar 8, 2016 8:24 AM
Seorang pekerja ladang menemui tiga mayat rentung dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit Sungai Layang, Ulu Tiram dekat Johor Bahru semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Norazam Shaari berkata pekerja ladang berkenaan menjumpai ketiga-tiga mayat itu kira-kira 4 petang, sebelum memaklumkan kepada polis.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, hampir keseluruhan kereta tersebut terbakar.
"Identiti ketiga-tiga mangsa belum dapat dikenal pasti dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku tiga hari lepas," katanya di Johor Bahru semalam.
Beliau berkata motif kejadian masih disiasat.
Kesemua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.