Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran telah mengemukakan usul untuk mendapatkan persetujuan Dewan Rakyat bagi melarang penukaran agama secara unilateral bagi mereka yang di bawah umur, dengan meminda undang-undang.

Usul MP Ipoh Barat itu telah disenaraikan sebagai item nombor 16 dalam kertas perintah Parlimen.

Jawatankuasa antara agama, yang ketiga ditubuhkan oleh kabinet untuk menangani kebuntuan berhubung penukaran agama secara unilateral itu, telah bersetuju untuk menggubal undang-undang yang diperlukan, yang akan dibentangkan di sidang Dewan pada bulan Mac.

Bagaimanapun, Kulasegaran berkata, ini hanyalah satu jaminan tanpa kemajuan kerana penggubal undang-undang tidak tahu mengenai pindaan undang-undang yang dicadangkan.

"Adalah dikesalkan setakat ini, draf cadangan pindaan itu masih belum dihantar kepada ahli-ahli Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[Baca berita penuh]