Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan semua wakil rakyat BN untuk mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita jika merasakan bahawa difitnah oleh sebarang laporan mereka.

Sebagai pengarah komunikasi strategik BN, Abdul Rahman berkata beliau merancang untuk menawarkan khidmat pasukan peguam dalam Umno kepada semua wakil rakyat BN.

"Kepada semua YB dan menteri-menteri, jika fikir kamu telah difitnah dan portal berita tidak berminat untuk menarik balik atau membetulkan cerita, maka tindakan undang-undang perlu diambil.

"Ia salah satu pilihan yang perlu dipertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu forum sempena Minggu Media Sosial Malaysia di Cyberjaya.

Antara lain, Abdul Rahman pada ucapannya membidas sebuah portal dalam talian yang katanya "sentiasa menggunakan voxpop sebagai tajuk utama".

"Tidak baik berbuat demikian kerana kadang-kadang apabila orang komen, mereka melakukannya tanpa berfikir panjang.

"Saya dapati bahawa ini tidak bertanggungjawab," katanya tanpa menamakan sebarang portal.

[Baca berita penuh]