Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak'

Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat, jumlah orang ramai yang melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah adalah bukti bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membuktikan bahawa rakyat tidak menderita seperti yang didakwa oleh pembangkang, kata seorang wakil rakyat BN.

Sebaliknya, kata Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) kerajaan telah melakukan sebaik mungkin membantu rakyat tetapi pembangkang pula ‘memusing cerita’ dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat menderita dan hidup susah.

“Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak.

“Kata menderita, kata susah, saya tengok dekat lapangan terbang bukan KLIA (sahaja), lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 pergi umrah.

“Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia. Sebenarnya, Pakatan (Harapan) mengatakan GST membuat penderaan pada rakyat adalah bohong, semata-mata karut. Ini adalah persepsi semata-mata,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS