Sejumlah 102 orang sedang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sebahagian besarnya disyaki anggota militan Islam.

Angka tersebut diberikan dalam jawapan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, kata Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Lebih 80 orang sedang ditahan di bawah ISA adalah mereka yang disyaki anggota militan Islam, sebahagian besarnya didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah.

Akta tersebut, yang asalnya digubal untuk menentang ancaman komunis setengah abad yang lalu, membenarkan penahanan selama dua tahun tanpa bicara, dan tempoh tahanan boleh dilanjutkan.

Pengkritik kerajaan mendakwa bahawa ISA digunakan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah.

Bagaimanapun, kerajaan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk menentang keganasan.

Menurut Lim, 10,662 orang telah ditahan mengikut akta tersebut sejak 44 tahun lalu, 4,138 mendapat perintah rasmi tahanan dan 2,066 dikenakan perintah pergerakan terhad yang membabitkan aktiviti dan kehidupan mereka.

Lim, yang juga pernah ditahan di bawah ISA, adalah pemimpin DAP parti yang mempunyai wakil rakyat pembangkang teramai di Parlimen DAP.

- AFP