Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Naib Presiden PKR R Sivarasa hari ini mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menghalang soalan berhubung 1MDB dibangkitkan di Parlimen.

Anggota Parlimen Subang itu berkata, arahan untuk menghalang soalan tersebut dibangkitkan di Dewan Rakyat sepatutnya dikeluarkan oleh speaker dan bukan menteri.

"Arahan itu sepatutnya tidak datang daripada seorang menteri. Dia tidak mengendali Dewan Rakyat. Dia sekarang berkelakuan seperti Speaker," katanya.

Sivarasa berkata demikian di sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman memberitahu soalan berhubung derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh lagi dibangkitkan di Parlimen.

Menurut Azalina, ia kerana perbincangan tersebut bersifat subjudis berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS