Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rokok haram buat Dunhill tutup kilang di PJ
Diterbitkan:  Mar 18, 2016 11:24 AM
Dikemaskini: 3:51 AM

Syarikat pengeluar rokok utama British American Tobacco (BAT) akan menutup kilangnya di Petaling Jaya.

Operasinya dikecilkan secara berperingkat sebelum penutupan pada 2017, menurut syarikat itu dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia semalam.

Katanya, keputusan itu terpaksa diambil susulan kenaikan jualan rokok haram.

Penutupan kilang itu akan menjejaskan 230 pekerja.

Mereka bagaimanapun diberi manfaat pemberhentian kerja dan pilihan untuk menjalani program pertukaran kerja.

BAT, pengeluar Dunhill, Peter Stuyvesant and Pall Mall, berkata akan mendapatkan bekalan rokok daripada syarikat-syarikat Kumpulan BAT di rantau ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS