Februari menjadi bulan paling panas dalam rekod agensi cuaca Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA), Amerika Syarikat, sejak tahun 1880.

Putara suhu daratan dan lautan kini 1.21 darjah selsius lebih tinggi berbanding purata suhu pada abad ke-20 dengan 12.1 darjah, menurut laporan agensi itu bulan lalu.

Paras ini 0.09 darjah lebih panas berbanding rekod sebelum ini yang dicatat pada Disember lalu, lapor dpa .

Data untuk Februari 2016 menunjukkan 0.33 darjah lebih panas berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Setiap bulan juga mencatatkan rekod kenaikan untuk sembilan bulan berturut-turut, menurut NOAA.

Pada bulan ini, beberapa titik panas tertentu dilihat di beberapa bahagian di Amerika Selatan, Afrika, Eropah timur dan selatan serta selatan Asia.

Daripada segi tahun, 2015 menjadi tahun paling panas dalam rekod NOAA.