Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guru pun belum sedia syarat lulus BI dalam SPM
Diterbitkan:  Mar 21, 2016 11:53 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Kajian mendapati bukan sahaja guru, tetapi murid juga belum bersedia dengan rancangan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam SPM.

"Sehubungan dengan itu, keputusan KPM (Kementerian Pendidikan) untuk menangguhkan pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus mulai SPM tahun 2016 dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan rapi," kata menteri pendidikan.

Datuk Seri Mahdzir Khalid ( gambar ) berkata keputusan itu dibuat hasil pemantauan data dan kajian simulasi keputusan SPM selama empat tahun berturut-turut sehingga 2014.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Kok meminta menteri menyatakan langkah kerajaan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.

Beliau juga bertanya sama ada kementerian akan mewajibkan kelulusan bahasa Inggeris bersama Bahasa Melayu dalam SPM dan sekurang-kurangnya gred C dalam PMR.

Lihat Komen
ADS