Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota baling telur pada pemimpin DAP
Diterbitkan:  Mar 22, 2016 11:00 AM
Dikemaskini: 5:51 AM

Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mengesahkan kejadian beberapa individu pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut semalam membaling telur kepadanya dan veteran DAP Lim Kit Siang.

"Kit Siang duduk di belakang saya. Mereka kemudian serbu masuk dan bersorak pada kamu berdua. Mereka jadi agresif jadi saya bangun.

"Mereka baling telur pada saya, tapi ceramah kami tetap berlangung selepas itu.

"Saya mengenali salah seorang daripada mereka sebagai ahli DAP.

"Saya rasa masalah yang besar adalah hanya beberapa orang itu. Mereka jangka bahawa calon mereka boleh bertanding dalam pilihan raya," kata beliau sambil menambah bahawa kumpulan itu turut menurunkan sepanduk DAP di kawasan itu.

Leong berkata sangat sukar bagi parti itu menuntut semula kerusi yang telah diberikan kepada rakan sekutunya, PKR.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa DAP telah melepaskan kerusi DUN Damak, Pahang kepada PKR pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

"DAP bertanding di Damak pada tahun 2004. Pada tahun 2008, kita tidak mempunyai calon jadi PKR bertanding di kerusi itu.

"Untuk mengambil semula kerusi itu adalah sangat sukar," kata Adun Tanah Rata, sambil menambah bahawa beberapa ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati kerana mereka mahu calon kegemaran mereka bertanding di kerusi itu.

The Star Online sebelum ini melaporkan bahawa ahli-ahli akar umbi mahu parti itu meletakkan Koh Boon Heng sebagai calonnya untuk Damak.

Koh bertanding sebagai calon bebas dalam pertempuran empat penjuru menentang penyandang Lau Lee dari BN, PKR Jamaluddin Abd Rahim dan seorang calon bebas Mohd Nor Jaafar. Koh dilapor tewas tipis 64 undi berbanding Lau, yang berjaya mempertahankan kerusinya dengan 7905 undi.

Lihat Komen
ADS