Khairy beri amaran jangan sertai himpunan 27 Mac
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini memberi amaran tindakan disiplin akan diambil terhadap anggota Pemuda Umno yang menyertai perhimpunan 'Selamatkan Malaysia' pada 27 Mac bagi menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Anggota kami, mereka tidak bebas untuk lakukan apa yang mereka mahu.
"Mana-mana anggota Pemuda Umno yang bersekutu dengan gerakan Deklarasi Rakyat 'akan dikenakan tindakan disiplin," kata Khairy kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco Pemuda Umno.
Beliau diminta mengulas mengenai perhimpunan anjuran bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Ketua Pemuda Umno juga mengulangi pendirian gerakan itu bahawa deklarasi itu merupakan satu agenda yang bertentangan dengan sistem politik negara.
"Negara kita adalah demokrasi berparlimen.
"Mandat kami (BN) ini telah dipilih melalui pilihan raya. Bukan kumpul tandatangan, deklarasi atau pengutan suara," katanya.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucaptama pada perhimpunan 27 Mac yang digelar Kongres Rakyat dan akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Perhimpunan ini akan dihadiri oleh pemimpin dari parti-parti politik dan kumpulan masyarakat sivil serta individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat. '.

