Tiada siapa desak saya undur, kata Gabenor Bank Negara
Diterbitkan: Mar 23, 2016 7:10 PM | Dikemas kini: Mar 23, 2016 7:12 PM
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menafikan beliau terpaksa berundur pada 30 April ini akibat tekanan politik.
"Tidak ada tangan tersembunyi," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, beliau memilih untuk bersara selepas menyelesaikan misi dalam memegang jawatan sebagai gabenor bank pusat itu.
"Saya rasakan bahawa memandangkan latar belakang saya dan sebagainya dan kakitangan yang ada sekarang, saya telah lakukan semua perkara-perkara yang saya mahu lakukan, dan dalam penilaian saya sendiri, ini masa yang baik untuk menyerahkan tugas," katanya.

