Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Murid maut dipanah petir ketika main bola sepak

Seorang murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kampar maut dipanah petir ketika bermain bola sepak bersama rakannya di padang permainan Taman Cahaya dekat Kampar di Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata mangsa Muhammad Udin Dulkafi, 12, bermain bola sepak bersama kira-kira empat orang rakannya ketika hujan dan ribut petir.

"Jiran mangsa memaklumkan kepada polis bahawa dia terdengar bunyi petir yang kuat dan mangsa tiba-tiba rebah. Jirannya kemudian menaiki kereta menuju ke padang dan membawa mangsa kepada ibu bapanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Kampar dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS